3. Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Berkaitan Isipadu Cecair
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa,‘ alat bantu ’ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk “ cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walaupun kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.
David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.
Berdasarkan tajuk isipdu cecair beberapa BBM telah dikenalpasti bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah seperti berikut ;
3.1 Menggunakan Unit Bukan Piawai
Botol minuman Gelas |
Mangkuk
Bekas plastik
Penerangan
Bagi pemilihan bahan bantu mengajajar (BBM) dalam topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada murid-murid. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru endmapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.
Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh murid-murid jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pengetahuan juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang menggunakan unit bukan piawai adalah untuk memperkenalkan ukuraan tidak piawai dalam isipadu cecair. BBM yang digunakan adalah seperti botol minuman, gelas, bekas plastik dan mangkuk. Bahan-bahan ini amatlah sesuai untuk memperkenalkan isipadu cecair kerana ianya belum lagi melibatkan standard unit (ukuran piawai). Penerapan perkataan seperti kosong, separuh dan penuh akan digunakan.
Kriteria pemilihan dibuat kerana ianya pernah dilihat oleh murid-murid sendiri ketika mereka berada di rumah dan kehidupan seharian malahan mereka sendiri pernah menggunakannya.
No comments:
Post a Comment