Thursday, November 25, 2010

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Aras Rendah


 Kemahiran   : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
            
Aktiviti 1       : Menggunakan unit bukan piawai

            Hasil Pembelajaran
            Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isipadu cecair dalam konteks dengan betul.

            Bahan Bantu Mengajar
            Botol minuman, gelas, mangkuk, bekas plastik, lembaran kerja

            Langkah-Langkah 
            ● Set Induksi – Murid membuat pemerhatian terhadap botol-botol air yang berlainan saiz di              atas meja.

    - Berapa bilangan botol semuanya?
                - Adakah botol-botol itu sama saiz?
            ● Menyusun botol-botol mengikut urutan dari besar ke kecil atau sebaliknya.

   - Botol manakah yang dapat mengisi air paling banyak?
                 Kenapa? Bincangkan.
            ● Letakkan sebuah botol dan gelas di atas meja.

   - Pada pendapat anda bekas manakah dapat mengisi lebih banyak air?
               - Bagaimana kita dapat menyukat air tersebut?
            ● Teruskan aktiviti dengan menggunakan bahan yang berbeza dan banyak seperti bekas       
                plastik, mangkuk, botol minuman dan gelas.

- Cuba anda susun bekas-bekas itu mengikut urutan dari kecil ke besar.
          - Ulang aktiviti dengan membanding dua bekas yang berlainan.
  


            ● Letakkan beberapa cawan di atas meja.

                                

     - Cawan manakah yang berisi air paling banyak?
     - Guru membimbing murid menggunakan perbendaharaan kata sepert kosong, separuh dan penuh.



● Teruskan aktiviti dengan menggunakan bekas yang lain.
   - Murid memadankan sama ada isipadu bekas itu kosong, separuh atau penuh. 

Bawa murid keluar bilik darjah yang mempunyai paip dan lakukan aktiviti menyukat air ke dalam gelas.







- Dilakukan mengikut kumpulan yang diagihkan. Boleh menggunakan bekas yang sama saiz dan bentuk atau pun gabungan bekas berlainan bentuk dan saiz.
                - Sesi membuat perbandingan dan perbentangan.

            ● Menyelesaikan soalan pada lembaran kerja dan perbincangan.

Contoh Lembaran Kerja

A.        Bulatkan bekas yang boleh menampung lebih air.
            










No comments:

Post a Comment