Kemahiran : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
Aktiviti 1 : Menggunakan unit bukan piawai
Hasil Pembelajaran
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isipadu cecair dalam konteks dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar
Botol minuman, gelas, mangkuk, bekas plastik, lembaran kerja
Langkah-Langkah
● Set Induksi – Murid membuat pemerhatian terhadap jenis-jenis barang yang dipamerkan di atas meja.
- Adakah barang-barang itu sama saiz?
- Bagaimanakah mengetahui barang yang manakah mempunyai isipadu paling
besar?
● Guru menuangkan kedua-dua jenis minuman ke dalam gelas yang sama bentuk dan saiz. .
- Minuman yang manakah mempunyai isipadu yang paling besar?
- Berdasarkan pemerhatian murid-murid dapat mengetahui minuman yang
mempunyai isipadu yang lebih besar.
- Guru memaklumkan bagi mengetahui isipadu boleh merujuk bacaan yang terdapat pada bekas
minuman ini.
● Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan
dengan satu bekas yang berlainan dan beberapa gelas yang sama bentuk dan saiz.
- Setiap kumpulan diminta mengisikan bekas tersebut dengan air dalam kuantiti yang
penuh dan menuangkan habis ke dalam cawan-cawan.
- Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil dapatan yang diperolehi.
- Semua murid dikehendaki membuat pemerhatian seterusnya membuat
perbandingan hasil perbentangan daripada semua kumpulan.
- Bekas manakah dapat mengisi lebih banyak air?
● Guru memaparkan jadual di hadapan.
- Murid membuat pemerhatian berdasarkan jadual.
- Bekas manakah yang mempunyai isipadu paling besar?
- Bekas manakah yang mempunyai isipadu paling kecil?
- Antara botol air dan jag yang manakah mempunyai isipadu lebih kecil?
- Antara tupperware dan jag yang manakah mempunyai isipadu lebih besar?
- Susun bekas yang mempunyai isipadu paling besar ke paling kecil.
● Menyelesaikan soalan pada lembaran kerja dan perbincangan.
Contoh Lembaran Kerja
1. Bekas ______ mempunyai isipadu yang paling besar.
2. Bekas ______ mempunyai isipadu yang paling kecil.
3. Isipadu bagi bekas ______ adalah lebih kecil daripada bekas Y.
4. Isipadu bagi bekas ______ adalah lebih besar daripada bekas Y tetapi
lebih kecil daripada bekas X.
5. Susun bekas daripada isipadunya yang paling besar ke yang paling kecil.
1. (a) ________ gelas teh boleh memenuhi jag A.
(b) ________ gelas teh boleh memenuhi jag B.
(c) Jag A boleh menampung _________ gelas teh kurang daripada Jag B.
2. Tandakan ( / ) bagi ayat yang betul dan ( x ) bagi ayat yang salah
(a) Isipadu jag A lebih besar daripada jag B. __________
No comments:
Post a Comment