Friday, November 26, 2010

Video Pengukuran Isipadu Cecair

Penerangan

            Berdasarkan tayangan video ini, menunjukkan cara bagaimana isipadu cecair iaitu air  diukur. Isipadu air ini diukur menggunakan silinder penyukat yang berkehendakkan nilai isipadu sebanyak 600 ml. Air diisi ke dalam silinder penyukat sedikit demi sedikit dan murid-murid dikehendaki menyatakan bacaan yang terdapat pada silinder tersebut. Pada mulanya, air diisi pada bacaan 250 ml, seterusnya 550 ml sehinggalah mencapai bacaan 600ml. Skala yang digunakan adalah sebanyak 50 ml dari satu senggatan ke satu senggatan dalam unit ml (milliliter) dan ini akan memudahkan murid-murid untuk membaca bacaan isipadu pada silinder penyukat tersebut. Guru juga boleh menjelaskan bagaimana mengukur   isipadu cecair ini dengan menggunakan silinder penyukat maujud dengan bacaan yang   berbeza.

Thursday, November 25, 2010

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Murid Aras Rendah


 Kemahiran   : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
            
Aktiviti 1       : Menggunakan unit bukan piawai

            Hasil Pembelajaran
            Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isipadu cecair dalam konteks dengan betul.

            Bahan Bantu Mengajar
            Botol minuman, gelas, mangkuk, bekas plastik, lembaran kerja

            Langkah-Langkah 
            ● Set Induksi – Murid membuat pemerhatian terhadap botol-botol air yang berlainan saiz di              atas meja.

    - Berapa bilangan botol semuanya?
                - Adakah botol-botol itu sama saiz?
            ● Menyusun botol-botol mengikut urutan dari besar ke kecil atau sebaliknya.

   - Botol manakah yang dapat mengisi air paling banyak?
                 Kenapa? Bincangkan.
            ● Letakkan sebuah botol dan gelas di atas meja.

   - Pada pendapat anda bekas manakah dapat mengisi lebih banyak air?
               - Bagaimana kita dapat menyukat air tersebut?
            ● Teruskan aktiviti dengan menggunakan bahan yang berbeza dan banyak seperti bekas       
                plastik, mangkuk, botol minuman dan gelas.

- Cuba anda susun bekas-bekas itu mengikut urutan dari kecil ke besar.
          - Ulang aktiviti dengan membanding dua bekas yang berlainan.
  


            ● Letakkan beberapa cawan di atas meja.

                                

     - Cawan manakah yang berisi air paling banyak?
     - Guru membimbing murid menggunakan perbendaharaan kata sepert kosong, separuh dan penuh.



● Teruskan aktiviti dengan menggunakan bekas yang lain.
   - Murid memadankan sama ada isipadu bekas itu kosong, separuh atau penuh. 

Bawa murid keluar bilik darjah yang mempunyai paip dan lakukan aktiviti menyukat air ke dalam gelas.







- Dilakukan mengikut kumpulan yang diagihkan. Boleh menggunakan bekas yang sama saiz dan bentuk atau pun gabungan bekas berlainan bentuk dan saiz.
                - Sesi membuat perbandingan dan perbentangan.

            ● Menyelesaikan soalan pada lembaran kerja dan perbincangan.

Contoh Lembaran Kerja

A.        Bulatkan bekas yang boleh menampung lebih air.
            










Aktiviti Pengajaran Bagi Murid Aras Tinggi

Kemahiran   : Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
            Aktiviti 1       : Menggunakan unit bukan piawai

            Hasil Pembelajaran
            Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan  secara langsung menggunakan unit bukan piawai dan mempelbagaikan perbendaharaan kata isipadu cecair dalam konteks dengan betul.

            Bahan Bantu Mengajar
            Botol minuman, gelas, mangkuk, bekas plastik, lembaran kerja

            Langkah-Langkah 
            ● Set Induksi – Murid membuat pemerhatian terhadap jenis-jenis barang yang dipamerkan di atas meja.


    - Adakah barang-barang itu sama saiz?
                - Bagaimanakah mengetahui barang yang manakah mempunyai isipadu paling
                  besar?
            ● Guru menuangkan kedua-dua jenis minuman ke dalam gelas yang sama bentuk  dan saiz.  .          
               - Minuman yang manakah mempunyai isipadu yang paling besar?
               - Berdasarkan pemerhatian murid-murid dapat mengetahui minuman yang
                  mempunyai isipadu yang lebih besar.       
               - Guru memaklumkan bagi mengetahui isipadu boleh merujuk bacaan yang terdapat  pada  bekas                   
                 minuman ini.



● Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan
               dengan satu bekas yang berlainan dan beberapa gelas yang sama bentuk dan saiz.
               - Setiap kumpulan diminta mengisikan bekas tersebut dengan air dalam kuantiti yang
                 penuh dan menuangkan habis ke dalam cawan-cawan.
               - Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil dapatan yang diperolehi.
               - Semua murid dikehendaki membuat pemerhatian seterusnya membuat
                 perbandingan hasil perbentangan daripada semua kumpulan.






               - Bekas manakah dapat mengisi lebih banyak air?
            ● Guru memaparkan jadual di hadapan.
               - Murid membuat pemerhatian berdasarkan jadual.
               - Bekas manakah yang mempunyai isipadu paling besar?
               - Bekas manakah yang mempunyai isipadu paling kecil?
               - Antara botol air dan jag yang manakah mempunyai isipadu lebih kecil?
               - Antara tupperware dan jag yang manakah mempunyai isipadu lebih besar?
               - Susun bekas yang mempunyai isipadu paling besar ke paling kecil.



Menyelesaikan soalan pada lembaran kerja dan perbincangan.

Contoh Lembaran Kerja



1.         Bekas  ______  mempunyai isipadu yang paling besar.

2.         Bekas  ______  mempunyai isipadu yang paling kecil.

3.         Isipadu bagi bekas  ______  adalah lebih kecil daripada bekas Y.

4.         Isipadu bagi bekas  ______  adalah lebih besar daripada bekas Y tetapi
            lebih kecil daripada bekas X.

5.         Susun bekas daripada isipadunya yang paling besar ke yang paling kecil.
           


1. (a)      ________    gelas teh boleh memenuhi jag A.

    (b)     ________     gelas teh boleh memenuhi jag B.
  
    (c)    Jag A boleh menampung    _________ gelas teh kurang daripada  Jag B.



2. Tandakan ( / )  bagi ayat yang betul dan  ( x )  bagi ayat yang salah

(a)    Isipadu jag A lebih besar daripada jag B.      __________

    (b)    Isipadu jag B lebih besar daripada jag A.    ___________





                      

















Bahan Bantu Mengajar

3.         Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
            Berkaitan Isipadu Cecair

            Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program  pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan murid-murid untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu  mengajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

                         Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa,‘ alat bantu ’ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran   perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

                         Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan   dalam bentuk  cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walaupun kaedah apa digunakan sekalipun BBM pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik.
                        David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

                        Berdasarkan tajuk isipdu cecair beberapa BBM telah dikenalpasti bagi melancarkan    proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah seperti berikut ;


            3.1       Menggunakan Unit Bukan Piawai

         Botol minuman                  Gelas
\
Mangkuk

 
Bekas plastik

Penerangan

            Bagi pemilihan bahan bantu mengajajar (BBM) dalam topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada murid-murid. Sebagaimana   matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru endmapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah.

                         Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian murid-murid supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh murid-murid jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pengetahuan juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.

                        Penggunaan bahan bantu mengajar yang menggunakan unit bukan piawai adalah untuk memperkenalkan ukuraan tidak piawai dalam isipadu cecair. BBM yang digunakan adalah seperti botol minuman, gelas, bekas plastik dan mangkuk. Bahan-bahan ini amatlah sesuai untuk memperkenalkan isipadu cecair kerana ianya belum lagi melibatkan  standard unit (ukuran piawai). Penerapan perkataan seperti kosong, separuh dan penuh akan digunakan.

                        Kriteria pemilihan dibuat kerana ianya pernah dilihat oleh murid-murid sendiri ketika mereka berada di rumah dan kehidupan seharian malahan mereka sendiri pernah menggunakannya.